Monday 6 April 2015

ALATAN & BAHAN

JEK (JACK)
FUNGSI :  


  1. Jek digunakan untuk mengangkat muatan berat.
  2. Jek kereta menggunakan kuasa mekanikal untuk membolehkan manusia mengangkat kenderaan dengan kuasa manual sendirian.
  3. Jek ini selalunya dinilai untuk kapasiti angkatan yang maksimumnya 1.5 tan atau 3 tan.       
         
SPANAR & PEMUTAR JEK

     

FUNGSI :

  1. Alatan paling asas dalam kerja -kerja memasang tayar.
  2. Alatan ini untuk membantu melonggarkan nut.

TAYAR GANTI/ SPARE

FUNGSI: 

  1. Sebagai ganti tayar lama kepada tayar baru.
  2. Pastikan tayar ganti/ spare berisi angin dan boleh terus dipasang pada kereta.

LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN TAYAR


LANGKAH 1


Kereta mesti berkeadaan berhenti/ di brek

  1. Pastikan kereta dalam keadaan reverse gear (gear undur) dan tarik hand brake (brek tangan).
  2. Ia penting untuk memastikan kereta tidak bergerak semasa melonggar dan memasang tayar kereta.

Keluarkan alatan untuk membuka tayar

  1. Ambil alatan seperti jack dan pemutar skru di belakang bonet kereta. 
  2. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta bersama dengan tayar spare

LANGKAH 2

Longgarkan Nuts

  1. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru drive, lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada rim. 
  2. Longgarkan nuts pada rim menggunakan spanar dengan cara lawan arah jam
  3. Cukup hanya sekadar longgarkan, tidak perlus membuka habis. 



PASANG JEK UNTUK MENGANGKAT KERETA

  1. Pasangkan jack seperti gambar di atas.
  2. Kedudukan jack diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar.
  3. Pastikan jack tidak terlalu jauh atau tidak terlalu dekat dengan tayar.  


KEDUDUKAN JEK

  1. Pastikan jack masuk ke tulang kereta (rujuk pada gambar), pusing pemutar jek mengikut arah jam.
  2. Putar sehingga tayar kereta terangkat dan mudah untuk dikeluarkan. 

LANGKAH 3


LONGGARKAN NUTS DAN TANGGALKAN TAYAR

  1. Buka nuts pada rim dengan kaedah 1 ke 3 ke 4 dan ke 2.
  2. Bolehlah menukar tayar dengan tayar spare yang disediakan. 
  3. Saiz tayar bergantung pada kereta, ada yang kecil dan ada mengikut saiz sebenar. 

LANGKAH 4



PASANG SEMULA TAYAR KERETA

  1. Apabila tayar spare diletakkan semula, pasangkan kembali nuts dengan tidak terlalu ketat.
  2. Turunkan jack dan baru ketatkan nuts itu tadi.
  3. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat.
  4. Ketatkan nuts dengan kaedah 1 ke 3 ke 4 dan ke 2 dengan lawan jam. 





  

No comments:

Post a Comment